Monday, May 11, 2009

Oh Kuching







Kuching dan Samarahan yang terletak di bahagian kepulauan Borneo, Malaysia mempunyai penduduk melebihi setengah sejuta telah menjadikannya bandaraya terbesar di kepulauan Borneo. Ianya merupakan bandaraya yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang moden seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), Kuching Sentral ( dalam proses pembinaan), Samarahan expressways, dan beberapa infrastruktur moden yang lain. Tetapi, banyak perkara yang telah dilupakan oleh pihak kerajaan yang telah menundang pelbagai masalah kepada rakyat. Yang paling teruk sekali ialah masalah sampah.

Masalah Pemungutan Sampah di kawasan Samarahan.

Masalah yang paling runcing sekali di kawasan Samarahan ialah masalah pemungutan sampah. Kadang-kadang, masalah pemungutan sampah boleh berlanjutan sehingga sebulan. Sampah tidak dipungut oleh pihak yang sepatutnya dipungut mengikut carayang betul dan efisien. Beberapa hari yang lepas, sampah di kawasan UiTM telah berlonggokkan sehingga mencecah ke hujung kawasan sampah. Baunya, masyaallah!! Menusuk lubang hidung. Paling teruk sekali, bilik saya merupakan antara bilik yang paling terdekat dengan kawasan tersebut. Banyak lalat masuk ke bilik saya kerana lalat menjadi terlalu banyak disebabkan sampah yang dibiarkan terlalu lama telah menjadi kawasan pembiakan lalat dan bakteria. Bayangkan anda berada di tempat saya.

Benda lain yang menjijikkan saya ialah air licet. Kontainer yang digunakan untuk membuang sampah juga tidak dapat ditutup dengan sempurna telah menyebabkan air hujan memasuki ke dalam kontainer tersebut dan menyebabkan kontainer tersebut di penuhi air dan sampah-sampah ‘berenang’dalam air. Ketika pihak tersebut memungut sampah, air licet turut melimpah dan mencetus satu aroma yang amat kurang enak. Mereka mengambil masa lebih dari 2 jam untuk memungut sampah tersebut kerana sebuah lori pemungut sampah tidak mencukupi unuk memungut sampah-sampah tersebut. Anda bayangkan betapa banyaknya sampah yang terkumpul sehinggakan sampah perlu dipungut melebihi 2 buah lori hanya untuk satu kawasan.
Apakah yang pihak MDS lakukan? Apa yang mereka lakukan hanyalah perkara yang terlalu kecil. Anda lihatlah sendiri laman web mereka. Apa yang ada? Hanya gambar-gambar pembinaan perhentian bas dan pembaikian pondok menunggu bas. Ada kah bas???? Bas 10A yang sedia ada pun saya perlu tunggu paling sekejap pun 30 minit dan paling lama 2 jam. Dah la kawasan yang saya tunggu bas tak ada pondok menunggu bas. Hurm... sometimes i wonder, what are MDS doing??? Onli fixing bus stops?? Even i can do that. We need MDS (Majlis Daerah Samarahan to be more reliable. Not just fixing bus stops!

Antara yang menjijikan ialah sampah bukan sahaja bertaburan di kawasan UiTM. Malah di kawasan Desa Ilmu. Sudah la kawasan tersebut banyak kes kecurian dan rompakan. Ini ditambah lagi dengan masalah sampah. Sepatutnya, kawasan yang besar seperti kawasan Desa Ilmu memerlukan sebuah Balai Polis intuk memastikan kawan kejiranan tersebut selamat. Saya telah mengambil beberapa gambar untuk anda lihat sendiri bagaimana sampah bertaburan.




No comments:

Post a Comment